Sebahagian orang bertanya kenapa orang-orang Islam tidak membenarkan anak-anaknya membuat pilihan agama yang akan dianuti anaknya. “Itu kehidupan anak-anak, itu hak mereka, merekalah yang membuat pilihan kehidupannya sendiri”, kata mereka.
Kita perlu mengalih perhatian yang bertanya, bahawa ini bukan soal hak, ini soal mahukan kebaikkan untuk anak. Ini menunjukkan kami orang Islam tidak memandang semua agama itu benar, kami hanya menganggap agama Islam yang benar. Tidak pula bermakna kami bertindak ekstrim. Tidak logik semua gama benar, ada agama kata banyak Tuhan, Islam kata hanya ada satu Tuhan, mana mungkin semua agama benar. Jadi kami orang Islam adalah golongan yang yakin dengan agama kami. Apa guna menganut agama kalau tidak yakin. Kalau orang agama lain menganut suatu agama dan dia berasa agama lain pun benar ada yang tidak betul dalam cara berfikirnya.
Bila kita mahu menyekolahkan anak-anak kita, kita akan menghantar mereka ke sekolah yang baik, kalau anak-anak in tidak mahu ke sekolah kita akan paksa mereka ke sekolah dengan cara yang lembut. Mahu pergi atau tidak mahu pergi sekolah bukan pilihan mereka. Ini soal kebaikkan untuk mereka.
Kalau anak-anak kita ingin berkawan dengan budak-budak jahat, kita tidak akan benarkan, ini bukan soal hak mereka, ini soal tanggungjawap kita demi kebaikkan mereka.
Kita kena faham bila masa berbicara tentang hak, bila pula tidak berbicara tentang hak. Dalam hal membuat pilihan yang salah, itu bukan hak anak-anak. Sejak bila pula anak-anak ada hak berbuat perkara yang membinasakan. Kalau anak-anak mahu mencuba dadah, ibu bapa akan sedaya upaya menghalang, itu tiada langsung perkaitan tentang hak. Hak anak-anak tidak ditentukan oleh anak-anak. Bila anak-anak pergi kesekolah, apa yang menjadi hak dia di sekolah tidak ditentukan oleh anak-anak sendiri, ia ditentukan oleh sekolah dengan persetujuan pihak kementerian yang mengurus sekolah.
Kami orang Islam menganggap hanya dengan agama Islam kita akan selamat, selain Islam tidak selamat. keluar daripada agama ini, bererti memusnahkan diri sendiri. Bila kami mahu mereka selamat hanya dengan Islam. Ini kebaikkan untuk mereka, bukan soal hak hendak pilih yang mana. Ibu bapabertanggungjawap mana yang akan membenarkan anak-anak sengaja ponteng sekolah? Ibu bapa mana yang akan membiarkan anak-anak terjun ke dalam kemusnahan. Memusnahkan diri sendiri bukanlah hak mana-mana anak-anak sekalipun.