Bila kita mempunyai tangan, tidak bermakna kita akan memegang semua benda. Bila kita dianugerahi kaki, tidak bermakna semua benda akan kita pijak. Bila kita punya telinga, tidak bermakna lesen bagi kita mendengar semua cerita. Bila kita punyai lidah, bukan bermakna kita akan berkata apa sahaja. Bila kita punyai mata, tidak bermakna kita bebas melihat apa [...]
Archive for November, 2008
Bila kita punyai…
Posted in hikmah on November 28, 2008 | Leave a Comment »
Yoga yang mengkecohkan kita, atau apa yang kita kecohkan? Yoga atau ulama?
Posted in akal dan emosi on November 26, 2008 | Leave a Comment »
Nampaknya ada seperti ada minat mendadak terhadap Islam di kalangan org Islam, malah bukan Islam juga (tajuk utama The Star beberapa hari). Bahkan minat juga dalam hal-hal mengeluarkan fatwa. Mengeluarkan fatwa adalah bahagian kecil Islam, kerja sebahagian kecil manusia. Kerja semua orang Islam adalah beramal dengan perkara-perkara yang telah jelas dan meninggalkan perkara-perkara yang telah [...]
Tangisan antara dua darjat.
Posted in Uncategorized on November 24, 2008 | Leave a Comment »
Pada suatu petang aku memesan makanan di sebuah kedai makan. TV menayangkan rancangan hiburan menyanyi yang paling popular di Malaysia….sambung
Kesilapan manusia
Posted in hikmah on November 23, 2008 | Leave a Comment »
Kita telah buat silap. Kita akan buat silap lagi. Ubat kepada kesilapan ialah beristighfar, bertaubat dan memperbaiki diri. Barangkali kesilapan yang paling besar ialah tidak mahu memperbaiki kesilapan. Barangkali kesilapan yang paling dahsyat ialah tidak mahu mengakui kesilapan di depan Allah. Seorang itu betul-betul silap bila dia tidak mahu membetulkan kesilapannya.
Dia yang punya kemarahan paling panjang.
Posted in Uncategorized on November 19, 2008 | 1 Comment »
Barangkali pemilik kemarahan paling panjang adalah Iblis. Sejak Tuhan menyuruhnya sujud kepada Adam dia telah marah kepada Adam. “Bagaimana boleh makhluk yang lebih baik sujud kepada makhluk yang kurang baik”. Dia berasa baik kerana telah bertahun-tahun beribadat bersama para malaikat. Para malaikat tidak punya kemampuan berlaku engkar. Dia berasa lebih hebat kerana dia beribadat dalam [...]
Yang baik, nisbahkan kepada Allah yang buruk nisbahkan kepada diri sendiri (atau syaitan).
Posted in Uncategorized on November 19, 2008 | Leave a Comment »
Kita sering mendengar dalam kuliah, pada akhir kuliah penceramah akan berkata, “segala yang baik datang daripada Allah, segala yang salah atas kelemahan saya.” Itulah adab yang baik di antara seorang hamba dengan Allah. Telah ada contoh dalam AlQuran yang dipraktik oleh “Kekasih Allah”, Nabi Ibrahim (as). Dalam Surah Assyuaraa:80, Nabi Ibrahim menyebut: “Dan apabila aku [...]
Bila Allah menghendaki, tempat yang paling bahaya adalah tempat paling selamat.
Posted in Uncategorized on November 19, 2008 | Leave a Comment »
Mimpi Firaun yang melihat takhtanya terbakar cukup menggangu hidupnya. Demi mempertahankan takhtanya, dia mengeluarkan perintah membunuh semua anak-anak lelaki bani Israel yang dilahirkan pada sesuatu tahun. Pada tahun yang lagi satu dibiarkan hidup secara berselang. Namun bumi ini hakikatnya di bawah pentadbiran Allah termasuk negeri Mesir. Bilamana Allah mahu manusia yang ditakuti Firaun itu hidup, [...]
Siibu bagai menyabung nyawa ketika melahirkan anak. Tetapi bagi siibu ada yang lebih susah daripada menjadi ibu.
Posted in akal dan emosi, keluarga, lelaki dan perempuan, tagged anak, ibu on November 18, 2008 | 1 Comment »
Yang lebih susah bagi seorang ibu daripada menjadi ibu ialah menjadi isteri. Menjadi ibu, dorongan emosi memang rapat dengan wanita menjadikan tugas ibu yang bertemankan emosi menjadi lebih ringan. Menjadi isteri, memerlukan kekuatan akal. Wanita punya kekuatan emosi yang lebih daripada kekuatan akal. Kerana itu mentaati ibubapa lebih mudah daripada mentaati suami bagi wanita. Dengan [...]
Bertanya tentang siksa dalam kubur.
Posted in bertanya dan jawapan on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Seorang tidak alim bertanya kepada seorang alim,”Tuan, saya membaca dan mendengar bahawa adanya binatang-binatang seperti kala jengking dan ular menyiksa penghuni kubur. Bagaimana boleh ada binatang-binatang dalam kubur? Cubalah lihat ular itu, tempatnya adalah di atas tanah, tempatnya bukan dalam tanah!” Menjawaplah orang yang lebih alim, “lihatlah besi yang ada di sekeliling kamu. Ia kuat, [...]
Kemuliaan seorang manusia
Posted in hikmah on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Kemuliaan seorang manusia bukanlah bergantung kepada apa yang ada di sekelilingnya, tetapi bergantung kepada yang ada dalam dirinya dan apa yang terbit daripada dirinya.
Sahabat Nabi Yang paling….
Posted in sirah on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Sahabat Nabi yang paling banyak berkorban- Abu Bakar. Sahabat Nabi yang paling taat – Abu Bakar. Sahabat Nabi paling banyak berfikiran jauh – Umar. Sahabat Nabi paling pemalu – Usman b Affan. Sahabat Nabi yang paling faham halal dan haram – Muaz bin Jabal. Sahabat Nabi paling akhir meninggal -’Aamir bin Wathilah. Anas bin Malik [...]
Membina negara
Posted in hikmah, tagged negara on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Asas membina negara bukanlah dengan menggali tanah dan mengangkat batu-batu. Asas membina negara adalah membentuk akal dan hati manusia.
Pidato yang berjaya
Posted in hikmah, tagged pidato on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Berjayanya suatu pidato bukan terletak kepada banyaknya telinga yang mendengar, tetapi kepada berapa banyaknya hati yang berjaya dibuka dan berapa banyaknya tangan yang dapat digerakkan.
Pencinta
Posted in hikmah on November 18, 2008 | Leave a Comment »
Anda berada dalam alam cinta bila anda mempunyai orang lain untuk difikirkan lebih daripada diri anda sendiri.
Negara yang paling besar dan negara yang paling kecil.
Posted in Uncategorized on November 17, 2008 | Leave a Comment »
Negara yang paling besar adalah negara akhirat. Di situ lah manusia dihimpun daripada Nabi Adam hinggalah manusia terakhir sebelum kiamat. Di situlah manusia dibicarakan oleh Tuhan Maha Adil dan Maha Pengampun. Selepas penghakiman manusia akan dipisahkan kepada dua wilayah; 1. Wilayah yang penuh dengan dataran yang berlanskap cantik menyenangkan mata, tanahnya subur, udaranya harum, penghuni-penghuninya [...]