Ketika wafatnya Nabi saw, bila didengar berita sahabat ansar sedang berkumpul, Abu Bakar, Umar dan Abu Ubaidah rahum lekas-lekas ke sana. Kami risau kalau-kalau orang Ansar melakukan sesuatu yg baru dalam agama. Sahabat Ansar memang mereka ada banyak kelebihan, namun dari segi kefahaman sahabat muhajirin yg lama bersama Nabi memiliki kelebihan. Benar telahan Umar, ada dari sahabat Ansar memberi cadangan , “dari kalangan kami seorang ketua, dari kalangan kamu seorang ketua. Abu Bakar dengan hikmahnya telah menerangkan bahawa orang-orang Arab hanya bersatu di bawah orang Quraisy. “Kami adalah ketua, kamu adalah wazir.” Selepas peristiwa itu kita dapati seolah-olah orang Ansar telah menjauhkan diri dalam soal kekalifahan sungguhpun Madinah itu mereka yg duduki asalnya dan menjemput orang Mekah Hijrah ke sana. Dalam perlantikan khalifah kemudiannya seolah-olah tiada lagi penglibatan orang Ansar. Allah telah meletakkan dalam hati mereka kefahaman. Mereka telah memberikan kelebihan kepada orang yang punya kelebihan. Bukanlah semua cara melibatkan diri itu dengan melibatkan diri. kekadang cara melibatkan diri ialah dengan menjauhkan diri. Bukan semua urusan itu urusan semua orang. Kekadang cara berurusan yang betul ialah dengan menjauhi urusan itu.
ya lah tu
Urusan kita urusan Allah jua… Urusan Allah urusan Allah…
Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Wallahua’lam..
Betul. Urusan kita urusan Allah jua. Urusan Allah adalah urusan Allah. Sebahagian urusan Allah adalah urusan kita asalnya. Allah menyuruh kita mengikuti jalan yang lurus. Urusan Dialah memberi kita hidayah agar kita dapat mengikut jalan yang lurus itu.