Yang lebih susah bagi seorang ibu daripada menjadi ibu ialah menjadi isteri. Menjadi ibu, dorongan emosi memang rapat dengan wanita menjadikan tugas ibu yang bertemankan emosi menjadi lebih ringan. Menjadi isteri, memerlukan kekuatan akal. Wanita punya kekuatan emosi yang lebih daripada kekuatan akal.
Kerana itu mentaati ibubapa lebih mudah daripada mentaati suami bagi wanita. Dengan ibubapa, wanita punya hubungan emosi yang panjang. Dengan suami, tiada hubungan emosi sepanjang itu. Yang diperlukan untuk taat adalah akal.
Ketika nabi melihat ramainya penghuni meraka daripada kalangan wanita, Nabi ditanya kenapa. Kemudian ditanyai lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Nabi menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu yang tidak disukai pada dirimu nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’
Nabi mengasihi umatnya. Kerana memahami kesukaran itu Nabi pernah berperasaan , kalaulah dibenarkan seorang sujud kepada makhluk, Nabi mahu isteri sujud kepada suami. Keinginan sujud kepada suami bukanlah untuk meninggikan suami. Bukan juga untuk merendahkan isteri. Tujuannya hanyalah memudahkan isteri menjadi isteri. Untuk mentaati suami, isteri perlu merendahkan diri. Suami pula tidak disuruh meninggikan diri. Tugas itu menjadi berkali lipat sukarnya bila bersuamikan suami yang tidak seberapa sifat ‘kesuamiannya’.
Ringkas dan sampai mesejnya bagi entri ini. Terima kasih atas perkongsian.