Barangkali pemilik kemarahan paling panjang adalah Iblis. Sejak Tuhan menyuruhnya sujud kepada Adam dia telah marah kepada Adam.
“Bagaimana boleh makhluk yang lebih baik sujud kepada makhluk yang kurang baik”. Dia berasa baik kerana telah bertahun-tahun beribadat bersama para malaikat. Para malaikat tidak punya kemampuan berlaku engkar. Dia berasa lebih hebat kerana dia beribadat dalam keadaan ada daya upaya berlaku engkar. Ketika bangsanya bercakaran di bumi, Iblis telah diangkat untuk beribadat.
Demi meneruskan kemarahan dia nekad menyesatkan seluruh anak cucu Adam. Dia telah memohon kepada Tuhan agar memanjangkan tempoh hidupnya hingga hari kebangkitan agar dapat meneruskan kemarahannya. Maka misinya menyesatkan manusia berpaksikan kemarahan. Para rasul pula datang membawa cahaya hidayat memimpin manusia ke jalan yang urus dengan rasa rahmat. Iblis menyeru atas sifat marah, para rasul menyeru dengan sifat rahmat.
Assalamualaikum wr. wb.
Sdr arrantaui, saya tertarik dengan cetusan-cetusan minda saudara. Jika dikumpul dan dibukukan tentu lebih besar manfaatnya. Jika bersedia membukukannya, hubungilah saya ya.