Feeds:
Posts
Comments

Archive for December, 2008

Memilih agama

Sebahagian orang bertanya kenapa orang-orang Islam tidak membenarkan anak-anaknya membuat pilihan agama yang akan dianuti anaknya. “Itu kehidupan anak-anak, itu hak mereka, merekalah yang membuat pilihan kehidupannya sendiri”, kata mereka. Kita perlu mengalih perhatian yang bertanya, bahawa ini bukan soal hak, ini soal mahukan kebaikkan untuk anak. Ini menunjukkan kami orang Islam tidak memandang semua [...]

Read Full Post »

Dekat yang berat.

Kadang-kadang rapatnya hubungan itu menjadikan ia berat. Seorang anak mudah saja ia berbuat apa yang disuruh cikgu di sekolah, tetapi di rumah rapatnya dia dengan ibunya menyebabkan si ibu menyuruh mandi sampai 5 kali barulah si anak itu bergerak ke bilik mandi. Rapatnya isteri kekadang menyebabkannya memerapkan  sahaja apa yang di suruh suami ke dalam [...]

Read Full Post »

Suami mitsali

Yang dipanggil suami mitsali tidak saja membuat apa yang isteri suka, tetapi juga kena buat apa yang isteri TIDAK SUKA tetapi agama suka. Barangkali membuat apa yang isteri suka pada hari ini menyebabkan dia tidak menyukai kita di padang Mahsyar nanti. Membuat perkara yang tidak disukainya tetapi disukai agama akan menyelamatkan sisuami di padang Mahsyar [...]

Read Full Post »

Saya teringat sejarah awal manusia. Bila kita mengungkap kembali sejarah awal manusia, diwarnai peristiwa negatif bila Iblis enggan sujud kepada Adam. Kemudian Iblis berjaya memperdaya Bapa Manusia ini lalu pasangan pertama manusia dikeluarkan daripada syurga. Padahal memang Tuhan kita mahu menghantar kita ke dunia ini. Tuhan kita tidak terus menghantar kita ke dunia, sebaliknya kita [...]

Read Full Post »

Kejahatan bukanlah hanya melakukan perkara yang jahat. Termasuk juga dalam kejahatan ialah apabila meninggalkan melakukan kebaikan. Apabila seseorang meninggalkan sesuatu kebaikan yang menjadi kewajipan keatasnya, maka dia telah melakukan kejahatan. Seseorang itu melakukan kejahatan bukan hanya bila dia meninggalkan kebaikan yang merupakan kewajiban ke atas manusia lain atau yang dalam tanggungangannya, juga kewajibannya ke atas [...]

Read Full Post »

Seseorang bertanya kenapakah amalan sunat yang kita tertinggal elok kita gantikan, bukankah ianya amalan sunat sahaja. Bila sesuatu amalan itu  sunat, maka menggantikannya pun memang betul, sunat. Tidak mengganti pun tidak menjadi dosa. Mengganti itu dilihat dari segi aspek hubungan kita (hamba) dengan Tuhan kita. Bukan fikh semata-mata. Kita melihat lebih jauh dari fikh semata-mata. [...]

Read Full Post »

Cinta seorang ibu

Cinta seorang ibu kepada anaknya adalah antara cinta paling hebat di atas muka bumi. Namun bila berlaku peristiwa paling besar di atas muka bumi, cinta seorang ibu akan menjadi kecil. Pada hari itu, cinta seorang ibu akan beralih kepada dirinya sendiri. Tiada lagi anak, tiada siapa.. hanya diri sendiri. Kalau demi menyelamatkan diri sendiri, terpaksa [...]

Read Full Post »

Lelaki dikurniakan sifat keras, walaubagaimanapun sifat keras itu bukan untuk dipamer kepada isteri dan anak-anak, diri sendiri itu lebih layak untuk sifat keras itu. Wanita dikurnia sifat lembut, walaubagaimanapun suamimu lebih perlukan sifat lemah lembut itu berbanding dirimu sendiri.

Read Full Post »

Jangan kagum dengan…

Jangan mengkagumi kepandaian dirimu sebaliknya kagumilah kebijaksanaan Pencipta dirimu. Jangan kagum dengan amalan baikmu sebaliknya kagumilah kehebatan hari kiamat, adakah amalanmu memadai buat dirimu menghadapinya. Jangan kagum dengan dunia ini, kerana esok ia bakal musnah, kagumilah negara akhirat kerana tiada  yang lain lagi selepasnya. Jangan kagum dengan  hasil usahamu, kerana tanpa izin Pemegang nyawamu, kerlipan [...]

Read Full Post »

Kenapa begitu?

Anak-anak dilahirkan lemah agar mereka dibesarkan kedua ibubapanya. Anak-anak dilahirkan dengan minda yang kosong agar kedua ibu dan bapanya mengajarnya iman dan ahklak. Wanita dijadikan lebih lemah agar dilindungi oleh yang dijadikan lebih kuat. Lelaki dijadikan lebih kuat agar dihormati dan ditaati. Sebahagian manusia dijadikan miskin agar ada orang menjadi kaya lalu punya peluang bersedekah. [...]

Read Full Post »

Siapakah lelaki yang pertama menerima seruan Nabi Muhammad (saw)? Siapakah yang yang pertama menerima seruan Nabi Muhammad daripada kalangan kanak-kanak? Siapakah yang pertama menyahut seruan Nabi Muhammad dari kalangan hamba? Wanita pertama menerima dakwah ialah.. Siapakah sahabat Nabi yang pertama dikebumi di Kufah, Iraq? Siapakah lelaki yang pertama syahid dalam Islam? Wanita yang pertama syahid [...]

Read Full Post »

Kita adalah pemimpin dalam rumahtangga. Kita adalah pemimpin kepada anak-anak. Antara perkara penting yang akan menjejaskan imej kita di mata anak-anak adalah dalam soal keadilan. Anak-anak kecil tidak mengerti apa itu keadilan,  tetapi kalau kena ke atas batang hidung mereka, mereka mula faham kesan ketidakadilan. Di antara aspek adil, ialah adil dalam apa yang kita [...]

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.