Kadang-kadang rapatnya hubungan itu menjadikan ia berat.
Seorang anak mudah saja ia berbuat apa yang disuruh cikgu di sekolah, tetapi di rumah rapatnya dia dengan ibunya menyebabkan si ibu menyuruh mandi sampai 5 kali barulah si anak itu bergerak ke bilik mandi.
Rapatnya isteri kekadang menyebabkannya memerapkanĀ sahaja apa yang di suruh suami ke dalam almari padahal kalau di pejabat on the spot sahaja beliau melangsaikan kerja yang di suruh bos sekalipun itu kerja orang lain.
Seorang lelaki boleh saja berceramah membelasah orang ramai yang mendengar ceramahnya, tetapi dengan isteri sendiri beliau perlu menunggu masa dan mengatur ayat yang paling baik.
Kalau di depan ibu bapa mudah sahaja anak itu menunjukkan rasa penat untuk menyiapkan sesuatu kerja, depan cikgunya tidak pula begitu.