Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘hikmah’ Category

Kejahatan bukanlah hanya melakukan perkara yang jahat. Termasuk juga dalam kejahatan ialah apabila meninggalkan melakukan kebaikan. Apabila seseorang meninggalkan sesuatu kebaikan yang menjadi kewajipan keatasnya, maka dia telah melakukan kejahatan. Seseorang itu melakukan kejahatan bukan hanya bila dia meninggalkan kebaikan yang merupakan kewajiban ke atas manusia lain atau yang dalam tanggungangannya, juga kewajibannya ke atas [...]

Read Full Post »

Lelaki dikurniakan sifat keras, walaubagaimanapun sifat keras itu bukan untuk dipamer kepada isteri dan anak-anak, diri sendiri itu lebih layak untuk sifat keras itu. Wanita dikurnia sifat lembut, walaubagaimanapun suamimu lebih perlukan sifat lemah lembut itu berbanding dirimu sendiri.

Read Full Post »

Jangan kagum dengan…

Jangan mengkagumi kepandaian dirimu sebaliknya kagumilah kebijaksanaan Pencipta dirimu. Jangan kagum dengan amalan baikmu sebaliknya kagumilah kehebatan hari kiamat, adakah amalanmu memadai buat dirimu menghadapinya. Jangan kagum dengan dunia ini, kerana esok ia bakal musnah, kagumilah negara akhirat kerana tiada  yang lain lagi selepasnya. Jangan kagum dengan  hasil usahamu, kerana tanpa izin Pemegang nyawamu, kerlipan [...]

Read Full Post »

Kenapa begitu?

Anak-anak dilahirkan lemah agar mereka dibesarkan kedua ibubapanya. Anak-anak dilahirkan dengan minda yang kosong agar kedua ibu dan bapanya mengajarnya iman dan ahklak. Wanita dijadikan lebih lemah agar dilindungi oleh yang dijadikan lebih kuat. Lelaki dijadikan lebih kuat agar dihormati dan ditaati. Sebahagian manusia dijadikan miskin agar ada orang menjadi kaya lalu punya peluang bersedekah. [...]

Read Full Post »

Bila kita punyai…

Bila kita mempunyai tangan, tidak bermakna kita akan memegang semua benda. Bila kita dianugerahi kaki, tidak bermakna semua benda akan kita pijak. Bila kita punya telinga, tidak bermakna lesen bagi kita mendengar semua cerita. Bila kita punyai lidah, bukan bermakna kita akan berkata apa sahaja. Bila kita punyai mata, tidak bermakna kita bebas melihat apa [...]

Read Full Post »

Kesilapan manusia

Kita telah buat silap. Kita akan buat silap lagi. Ubat kepada kesilapan ialah beristighfar, bertaubat dan memperbaiki diri. Barangkali kesilapan yang paling besar ialah tidak mahu memperbaiki kesilapan. Barangkali kesilapan yang paling dahsyat ialah tidak mahu mengakui kesilapan di depan Allah. Seorang itu betul-betul silap bila dia  tidak mahu membetulkan kesilapannya.

Read Full Post »

Kemuliaan seorang manusia

Kemuliaan seorang manusia bukanlah bergantung kepada apa yang ada di sekelilingnya, tetapi bergantung kepada yang ada dalam dirinya dan apa yang terbit daripada dirinya.

Read Full Post »

Membina negara

Asas membina negara bukanlah dengan menggali tanah dan mengangkat batu-batu. Asas membina negara adalah membentuk akal dan hati manusia.

Read Full Post »

Pidato yang berjaya

Berjayanya suatu pidato bukan terletak kepada banyaknya telinga yang mendengar, tetapi kepada berapa banyaknya hati yang berjaya dibuka dan berapa banyaknya tangan yang dapat digerakkan.

Read Full Post »

Pencinta

Anda berada dalam alam cinta bila anda mempunyai orang lain untuk difikirkan lebih daripada diri anda sendiri.

Read Full Post »

Tujuan berehat adalah untuk berkerja. Berehat diperlukan kerana tanpa rehat akan tiada kerja.

Read Full Post »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.