Feeds:
Posts
Comments

Memilih agama

Sebahagian orang bertanya kenapa orang-orang Islam tidak membenarkan anak-anaknya membuat pilihan agama yang akan dianuti anaknya. “Itu kehidupan anak-anak, itu hak mereka, merekalah yang membuat pilihan kehidupannya sendiri”, kata mereka.

Kita perlu mengalih perhatian yang bertanya, bahawa ini bukan soal hak, ini soal mahukan kebaikkan untuk anak. Ini menunjukkan kami orang Islam tidak memandang semua agama itu benar, kami hanya menganggap agama Islam yang benar. Tidak pula bermakna kami bertindak ekstrim. Tidak logik semua gama benar, ada agama kata banyak Tuhan, Islam kata hanya ada satu Tuhan, mana mungkin semua agama benar. Jadi kami orang Islam adalah golongan yang yakin dengan agama kami. Apa guna menganut agama kalau tidak yakin. Kalau orang agama lain menganut suatu agama dan dia berasa agama lain pun benar ada yang tidak betul dalam cara berfikirnya.

Bila kita mahu menyekolahkan anak-anak kita, kita akan menghantar mereka ke sekolah yang baik, kalau anak-anak in tidak mahu ke sekolah kita akan paksa mereka ke sekolah dengan cara yang lembut. Mahu pergi atau tidak mahu pergi sekolah bukan pilihan mereka. Ini soal kebaikkan untuk mereka.

Kalau anak-anak kita ingin berkawan dengan budak-budak jahat, kita tidak akan benarkan, ini bukan soal hak mereka, ini soal tanggungjawap kita demi kebaikkan mereka.

Kita kena faham bila masa berbicara tentang hak, bila pula tidak berbicara tentang hak. Dalam hal membuat pilihan yang salah, itu bukan hak anak-anak. Sejak bila pula anak-anak ada hak berbuat perkara yang membinasakan. Kalau anak-anak mahu mencuba dadah, ibu bapa akan sedaya upaya menghalang, itu tiada langsung perkaitan tentang hak. Hak anak-anak tidak ditentukan oleh anak-anak. Bila anak-anak pergi kesekolah, apa yang menjadi hak dia di sekolah tidak ditentukan oleh anak-anak sendiri, ia ditentukan oleh sekolah dengan persetujuan pihak kementerian yang mengurus sekolah.

Kami orang Islam menganggap hanya dengan agama Islam kita akan selamat, selain Islam tidak selamat. keluar daripada agama ini, bererti memusnahkan diri sendiri. Bila kami mahu mereka selamat hanya dengan Islam. Ini kebaikkan untuk mereka, bukan soal hak hendak pilih yang mana. Ibu bapabertanggungjawap mana yang akan membenarkan anak-anak sengaja ponteng sekolah? Ibu bapa mana yang akan membiarkan anak-anak terjun ke dalam kemusnahan. Memusnahkan diri sendiri bukanlah hak mana-mana anak-anak sekalipun.

Advertisements

Dekat yang berat.

Kadang-kadang rapatnya hubungan itu menjadikan ia berat.

Seorang anak mudah saja ia berbuat apa yang disuruh cikgu di sekolah, tetapi di rumah rapatnya dia dengan ibunya menyebabkan si ibu menyuruh mandi sampai 5 kali barulah si anak itu bergerak ke bilik mandi.

Rapatnya isteri kekadang menyebabkannya memerapkan  sahaja apa yang di suruh suami ke dalam almari padahal kalau di pejabat on the spot sahaja beliau melangsaikan kerja yang di suruh bos sekalipun itu kerja orang lain.

Seorang lelaki boleh saja berceramah membelasah orang ramai yang mendengar ceramahnya, tetapi dengan isteri sendiri beliau perlu menunggu masa dan mengatur ayat yang paling baik.

Kalau di depan ibu bapa mudah sahaja anak itu menunjukkan rasa penat untuk menyiapkan sesuatu kerja, depan cikgunya tidak pula begitu.

Suami mitsali

Yang dipanggil suami mitsali tidak saja membuat apa yang isteri suka, tetapi juga kena buat apa yang isteri TIDAK SUKA tetapi agama suka. Barangkali membuat apa yang isteri suka pada hari ini menyebabkan dia tidak menyukai kita di padang Mahsyar nanti. Membuat perkara yang tidak disukainya tetapi disukai agama akan menyelamatkan sisuami di padang Mahsyar nanti. Nabi Muhammad dulu tidak mahu memberikan kemewahan kepada isteri-isteri meskipun diminta. Di hujung hayat Nabi harta rampasan perang telah mula banyak dan sebagai seorang Nabi, Nabi sendiri punya hak terhadap harta rampasan sebagaimana orang lain punya hak. Nabi pula tidak mahu mengambil harta itu. Isteri-isteri Nabi hanyalah mengharap sedikit kesenangan. Nabi Muhammad pula memilih untuk tidak senang dengan kesenangan dunia. Nabi memilih jalan hidup yang cukup sederhana.

Suatu ketika  maka Nabi telah memberi pilihan; memilih aku dan redha Allah dan negeri akhirat atau diceraikan dengan cara yang baik. Semua isteri telah memilih pilihan pertama; maka Allah tidak membenarkan Nabi kahwin lagi sampai akhir hayat.


Saya teringat sejarah awal manusia. Bila kita mengungkap kembali sejarah awal manusia, diwarnai peristiwa negatif bila Iblis enggan sujud kepada Adam. Kemudian Iblis berjaya memperdaya Bapa Manusia ini lalu pasangan pertama manusia dikeluarkan daripada syurga.

Padahal memang Tuhan kita mahu menghantar kita ke dunia ini. Tuhan kita tidak terus menghantar kita ke dunia, sebaliknya kita dihantar melalui peristiwa bapa kita diperdaya iblis. Kita dihantar melalui peristiwa negatif ini. Bapa kita telah gagal dan lupa. Kita diperingatkan tentang kegagalan agar mendorong kejayaan. Yang positifnya ialah bapa kita mengakui kesalahannya, bertaubat dan taubatnya diterima. Iblis pula berterusan negatif; dia buat salah, dia mencari kesalahan dalam arahan Allah (aku lebih baik daripada dia (Adam)). Selepas berbuat salah dia bertekad melanjutkan kesalahan kepada kejahatan. Dia tidak malu memohon panjang umur untuk meneruskan kejahatan. Pengakhiran negatif untuk iblis sedang menunggunya.

Apabila Nabi Muhammad memberi peringatan kepada kaum wanita, Nabi selalu menyebut yang negatif – neraka. Apabila Nabi memberi semangat kepada lelaki, banyak kali Nabi menyebut syurga terutama ketika hampir berkecamuknya perang.

Bila kita melungsuri ayat-ayat AlQuran kita mendapati syurga dan neraka selalu datang berturutan dan berangkaian. Kita mendapati amaran dan pengharapan daripada Tuhan pentadbur alam datang bersebelahan. Bila kita melihat dalam hati kita, kita dianjur mempunyai dua sikap bertentangan iaitu takut dan harap.

Kejahatan bukanlah hanya melakukan perkara yang jahat.

Termasuk juga dalam kejahatan ialah apabila meninggalkan melakukan kebaikan. Apabila seseorang meninggalkan sesuatu kebaikan yang menjadi kewajipan keatasnya, maka dia telah melakukan kejahatan. Seseorang itu melakukan kejahatan bukan hanya bila dia meninggalkan kebaikan yang merupakan kewajiban ke atas manusia lain atau yang dalam tanggungangannya, juga kewajibannya ke atas Tuhan yang menciptanya. Meninggalkan anak tanpa pembelaan  adalah kejahatan, begitu juga membiarkan solat berlalu begitu saja juga merupakan satu kejahatan.  Yang pertamanya adalah kejahatan terus kepada manusia, yang kedua itu pula adalah kejahatan terus kepada Tuhan Yang Maha Pemurah. Bagi sebahagian kebaikan, meninggalkannya  sebenarnya adalah suatu kejahatan yang besar.

Seseorang bertanya kenapakah amalan sunat yang kita tertinggal elok kita gantikan, bukankah ianya amalan sunat sahaja.

Bila sesuatu amalan itu  sunat, maka menggantikannya pun memang betul, sunat. Tidak mengganti pun tidak menjadi dosa. Mengganti itu dilihat dari segi aspek hubungan kita (hamba) dengan Tuhan kita. Bukan fikh semata-mata. Kita melihat lebih jauh dari fikh semata-mata. Membaca ‘bismillah’ sebelum makan ‘hanyalah’ sunat dalam fikh. Tetapi sebagai seorang HAMBA yang faham hubungan dengan Tuhannya sanggupkah meninggalkan membaca basmallah hanya kerana ianya sunat.

Amalan sunat pun perintah Allah juga.

Dalam Riadhus Salihin ada kisah panjang tentang amalan sunat dan dialog dengan Nabi Muhammad saw dengan orang muda Abdullah b Amru bin AlAsh. Abdullah ini sangat bersemangat berbuat amalan sunat. Beliau mahu berpuasa tiap hari, khatam alquran sekerap yang boleh.Nabi asalnya mencadangkan khatam sebulan sekali, puasa 3 hari dalam sebulan. Maka berlaku tawar menawar beliau dengan Nabi. Beliau nak buat banyak, Nabi suruh buat sikit!

Hasil tawar menawar; puasa jangan lebih daripada puasa Nabi Daud, selang sehari. Khatam jangan kurang dari 7 hari.

Ketika usianya tuanya, beliau menyesal kerana tidak mahu ikut cakap Nabi dulu. Kalau ikut akal kita, apa susah, bacalah Al Quran ikut kemampuan usia tua. Tetapi bagi sahabat ini bila dia dah khatam tiap minggu, dia tak mahu kurangkan apa yang kita telah jadi amalan.
Kenapa ketika Nabi hidup aku khatam 7 hari, sekarang aku nak kurangkan amalan aku kepada Allah. Ini memalukan!.  Kalau dulu kita duduk rumah banglo, bila sekarang  kita duduk rumah teres kita kesal dan malu (dgn diri sendiri). Padahal ramai orang lain duduk rumah teres. Sebab ‘sepatutnya’ sekarang kita duduk dalam mahligai atau kurang-kurang kekal dalam banglo. Bukan turun. Kalau dulu kita mengirim kepada ibu kita di kampong RM500 sebulan, untuk mengurangkannya menjadi RM200 sudah tentulah mengaibkan. Bagitulah sepatutnya dalam hal pengabadian kepada Allah.

Kalau hari ini kita sudah mampu khatam Al Quran 3 bulan sekali, jangan biarkan ia jadi merosot. Pegang atau perbaiki sampai hari kita  tiada daya.

Padahal semua perkara itu semuanya sunat. Sunat bukan semata-mata fikh. Ia hubungan kita dengan Rab kita. Amalan sunat tanda cinta.

Cinta seorang ibu

Cinta seorang ibu kepada anaknya adalah antara cinta paling hebat di atas muka bumi. Namun bila berlaku peristiwa paling besar di atas muka bumi, cinta seorang ibu akan menjadi kecil. Pada hari itu, cinta seorang ibu akan beralih kepada dirinya sendiri. Tiada lagi anak, tiada siapa.. hanya diri sendiri. Kalau demi menyelamatkan diri sendiri, terpaksa siibu menjerumuskan anaknya, ibu itu akan sanggup. Ini kerana hari itu adalah hari mencintai diri sendiri. Itulah hari bila mana manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing menemui Tuhan untuk perbicaraan.